Apple yang dijadual melancarkan model baharu iPhone versi harga rendah pada 10 September ini telah mula menghantar kad undangannya.

Menurut sumber atas talian, telefon pintar baru tersebut akan diberi nama iPhone 5C.

Kad yang hanya tertulis slogan ‘ia akan menceriakan hari setiap orang’ itu seakan membuktikan laporan media sebelum ini bahawa Apple merancang untuk memperkenalkan iPhone dalam pelbagai warna termasuk emas.

Spekulasi pakar teknologi menyatakan bahawa iPhone 5C bakal memiliki cip baru ARM A7 yang dikatakan lebih laju, storan lebih besar (128GB) dan kelajuan RAM sebanyak 2GB.