Anugerah Carta Borneo ERA (ACBE) 2012 semakin hampir ke tarikh kemuncaknya iaitu 1 Disember 2012. Anugerah yang menampilkan artis dan band indie tempatan Sarawak, dengan bertemakan “Inspirasi Borneo” ini diadakan di Kuching Integrated Recreational Centre (KIRC).

ACBE tahun ini mengetengahkan lima kategori yang akan dipertandingkan dan senarainya adalah seperti berikut:
1. Lirik Paling Perghh!
2. Susunan Muzik Paling Cun
3. Media Sosial Paling Kaw
4. Imej Artis Terbaik
5. Artis Borneo Paling Popular 2012 Xpax

Seramai 41 pencalonan telah disenarai dan peminat-peminat digalakkan untuk mengundi sebelum 25 November 2012 www.era.fm/kuching.

Antara artis yang bakal menggegarkan ACBE kali ini adalah Klangit, Sharifah Zarina, Ir Radzi, RDZ, POLAR dan Noenaki dan Kumpulan UNGU!

Pelanggan-pelanggan Xpax boleh mendapatkan tiket konsert dan pas-pas XZONE untuk Anugerah Carta Borneo ERA 2012 melalui skuad jelajah Celcom dan ERA di seluruh Sarawak. Untuk maklumat lanjut sila layari www.xpax.com.my.

Sebanyak 20,000 ribu pas ACBE bakal diagihkan secara ‘on-air contest’ di Muzik ERAthon dan Petang ERA serta skuad jelajah Celcom dan ERA di seluruh Sarawak.