Seramai 6,328 pelajar seluruh negeri layak menerima Anugerah Pelajar Yayasan Sarawak tahun ini dengan 1,904 daripada penerima dari UPSR, 2,941 dari PMR, 1,383 dari SPM dan 100 dari STPM.

Selain daripads sijil penghargaan, pelajar yang menerima anugerah tersebut turut akan menerima Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Premium Saving bernilai RM100 untuk pelajar UPSR, RM200 (PMR), RM500 (SPM) dan RM700 untuk pelajar STPM.

Jumlah sumbangan bagi sijil simpanan premium tersebut bernilai RM1,540,100.

[Source]