Perintis pembekal jalur lebar 4G terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (“P1”) hari ini memperkenalkan pelan jalur lebar baru yang menawarkan kuota yang lebih pada harga yang berpatutan.

Pelan ini direka untuk memenuhi permintaan gaya hidup pengguna Internet hari ini yang sentiasa memerlukan jalur lebar yang lebih.

P1 memberikan kuota tambahan 25GB iaitu 5GB sebulan dalam tempoh lima bulan pertama kepada pelanggan baru ForHome™ (pelan tetap tanpa wayar untuk kegunaan di rumah) dan OnePlan™ (pelan tetap tanpa wayar dan kombo mudah alih untuk kegunaan di rumah dan on-the-go). Dan sekiranya dongle lama diserahkan, pelanggan akan diberi 100GB tambahan!

Kedua-dua pelan menawarkan kelajuan akses yang tetap sehingga 4Mbps, manakala kelajuan jalur lebar on-the-go OnePlan™ adalah sehingga 1Mbps. Pelan – pelan didatangkan dengan WiFi dan desktop modem dengan panggilan suara untuk kegunaan rumah dan panggilan telefon dengan 200 minit percuma sebulan di mana pengguna boleh membuat panggilan ke talian tetap mudah alih tempatan serta panggilan IDD ke 10 destinasi popular. Dengan OnePlan™, pelanggan juga akan menerima modem peribadi WiFi 4G (MiFi) secara percuma untuk kegunaan luar. Yuran langganan bulanan untuk pelan ForHome™ bermula dari serendah RM69 manakala OnePlan™ bermula dari RM99. P1 juga menawarkan pelanggan percubaan 7 hari percuma tanpa komitmen.

Bagi eksekutif muda yang selalu bergerak, mereka kini boleh menikmati pelan Togo™ baru yang menawarkan kuota penggunaan tambahan 25GB yang diberikan secara automatik kepada pelanggan sebanyak 5GB sebulan dalam tempoh lima bulan pertama langganan, iaitu tambahan kuota yang sedia ada sehingga 10GB. Pelan ini menawarkan kelajuan optimum tanpa had, bergantung kepada langganan. Ia juga didatangkan dengan modem MiFi MF230 secara percuma, atau pelanggan boleh memilih modem baru MiFi MX230 yang boleh menghubungkan 8 peranti WiFi secara serentak. Dengan harga dari serendah RM39 sebulan, P1 menawarkan sambungan yang pantas dengan harga berpatutan.

Untuk maklumat lanjut mengenai mana-mana pelan sila layari www.p1.com.my/hotdeals/