Tethering percuma kini ditawarkan webemobile

0
265

Salah satu pelan pasca bayar di bawah webe, bernama webemobile, kini membenarkan anda berkongsi data secara ‘tethering’.

Perkongsian data itu walaubagaimanapun hanyalah untuk tiga bulan pertama langganan anda atau tiga bulan daripada langganan anda, dan tawaran tethering secara percuma itu dibuka kepada semua pelanggan baru dan lama webe.

Adalah difahamkan bahawa had data yang boleh dikongsi melalui tethering adalah 1GB, dengan pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah kuota tersebut dengan bayaran RM8 untuk 500MB.

Langkah webe yang terbaru ini sememangnya akan mendapat reaksi positif daripada pengguna semasa webe, namun ianya berkemungkinan masih tidak berupaya menarik ramai pelanggan baru ekoran had data yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi webemobile, anda boleh ke laman rasmi mereka.

    neuvoo job search jobs

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here