Tangan wanita 52 tahun dipotong di Sg Maong, Kuching

0
122

Tangan seorang wanita berusia 52 tahun dipotong orang yang tidak dikenali dalam satu serangan di Sg Maong Kuching Sabtu lepas.

Menurut sebuah laman web, wanita tersebut sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kedai kopi apabila tujuh lelaki bertopeng secara tiba-tiba keluar dari sebuah kenderaan dengan dengan membawa senjata tajam dan menuju ke arah mangsa.

Mereka dikatakan lantas memotong tangan kanan mangsa sebelum menemui kegagalan dalam cubaan memotong tangan kiri.

Polis dikatakan sedang menyiasat kes tersebut.

[Sumber berita]

NO COMMENTS