Sarawak dijangka miliki kelajuan internet minimum 30mbps pada 2020

0
222

Pengarah Pengurusan Sacofa Sdn Bhd Zaid Zaini telah menyatakan bahawa kelajuan 1Tbmp adalah tidak mustahil untuk Sarawak.

Beliau walaubagaimanapun menyatakan bahawa geografi Sarawak yang besar dan kekurangan kemudahan asas seperti bekalan elektrik sebagai antara cabaran untuk membolehkan kelajuan tersebut dicapai.

Mengulas lanjut, Zaid mengatakan bahawa terdapat kawasan di pedalaman yang pencawang telekomunikasinya diceroboh dan penjana elektriknya dicuri, sambil menambah perkara sedemikian adalah antara cabaran lain yang dihadapi Sacofa dalam mencapai Pelan Transformasi Sosial-Ekonomi Sarawak (SETP) 2016-2030 yang kini sedang diguna pakai.

SETP menyasarkan 95% penembusan internet untuk Seluruh Sarawak sebelum 2020, dan 100% penebusan internet sebelum 2030, dengan kelajuan minimum di kawasan berkepadatan penduduk tinggi mencapai 30Mbps.

Kini, kadar penembusan internet di Sarawak adalah hanya 52% dengan kelajuan purata sebanyak 4Mbps.

    neuvoo job search jobs

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here