LATEST UPDATES

Remaja dirasuk semasa memancing

Seorang remaja lelaki dipercayai dirasuk mahluk halus ketika sedang memancing di sebuah hutan di Jalan Kuching-Serian.

Menurut laporan akhbar, remaja tersebut telah dinasihati agar tidak ke sungai tersebut untuk tujuan memancing. Namun demikian, nasihat tersebut tidak diendahkan dan mangsa bersama rakannya dikatakan telah meneruskan hajat mereka.

Di tempat kejadian, rakan mangsa panik apabila mendengar satu jeritan nyaring, dan mereka telah mengambil keputusan untuk bergegas pulang. Namun demikian, mangsa yang disyaki telahpun dirasuk mahluk halus bertindak berpaut ke sebatang pokok dan menyatakan keinginannya untuk tinggal di hutan tersebut.

Laporan akhbar tempatan menyebut mangsa akhirnya berjaya dibawa balik oleh rakan-rakannya, tetapi didapati hanya berbaring kaku di lantai sambil melihat ke siling rumah dengan mata terbuka.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh rakan-rakannya untuk pemeriksaan lanjut. Sumber akhbar menyebut mangsa telah kembali normal dan tidak mengingati kejadian tersebut.

[Sumber berita]

Comments

comments

About Cyril Dason

Loves gadgets and staying up-to-date with technology trends and social media. Sometimes reviews gadgets and telco packages because he has nothing else better to do.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top