LATEST UPDATES
Laporan Perlawanan Piala FA: Sarawak Tersingkir Dari Piala FA

Laporan Perlawanan Piala FA: Sarawak Tersingkir Dari Piala FA

Sarawak bermain cemerlang dalam perlawanan Pusingan Pertama Piala FA 2012 di Kota Bharu, tetapi terpaksa melupakan hasrat meneruskan saingan ke peringkat seterusnya apabila tewas 2-1 kepada Kelantan.

Perlawanan menyaksikan Sarawak tidak membariskan ketua pasukan Hairol Mokhtar yang terpaksa bersama keluarga, manakala Kelantan kehilangan penjaga gol utama Khairul Fahmi Che Mat yang bersama skuad Olimpik Malaysia.

Jangkaan awal bahawa perlawanan bakal menyaksikan Sarawak bertahan dan Kelantan menyerang tidak menjadi apabila Sarawak berjaya menyaingi Kelantan dalam pelbagai aspek perlawanan dan melakukan percubaan berbahaya ke arah penjaga gol Kelantan, Sharizan.

Kelantan yang jelas kelihatan gugup dilihat gagal mengekang Sarawak yang mempamerkan hantaran pendek yang tepat. Kegugupan Kelantan semakin ketara apabila pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha terpaksa diganti dengan Nurul Azwan selepas dia mengalami kecederaan akibat diasak hebat oleh Dzulazlan Ibrahim dan Yosri Derma Raju.

Pada minit ke 18, Yosri Derma Raju membuat satu percubaan dari jarak jauh yang berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Sharizan. Seminit kemudian, Muratovic berjaya mengelecek pertahanan seorang Kelantan sebelum lorongannya mencariAzizan Baba disudahkan dengan satu sepakan leret yang menerjah gawang gol sebelah kanan Kelantan, sekaligus membolehkan Sarawak mendahului pasukan tuan rumah 1-0.

Pada minit ke 23, Zamri Morshidi hampir menggandakan gol Sarawak selepas Muratovic bijak memperdaya pemain yang mengawalnya, namun lorongan lambung oleh Ashri Chuchu mencari Zamri Morshidi berjaya ditangkap Sharizan sebelum ianya disudahkan.

Kelantan yang kelihatan agak tengelam walaubagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila sepakan sudut tepat ke arah Putra Indra Mahyudin berjaya ditanduk kemas pada minit ke-33.

Selang separuh masa kedua, Kelantan cuba mengawal perlawanan.  Namun demikian, Sarawak sekali lagi bangkit untuk menguasai perlawanan dengan hantaran pendek yang kemas.  Ini menyaksikan Ashri Chuchu hampir meletakan Sarawak kembali di hadapan apabila lorongan cantik Zamri Morshidi tepat ke arahnya, namun sepakan Ashri dihadang pemain pertahanan Kelantan.

Tiga minit memudian, Sarawak mendapat peluang terbaik di separuh masa kedua apabila Muratovic berjaya melepaskan diri daripada pemain yang mengawalnya, tetapi bola yang dihantar Zamri Morshidi itu gagal disudahkan.  Menyedari ketumpulan barisan serangan Sarawak, Robert Alberts memasukkan K Ravindran dan mengeluarkan Zamri Morshidi.

Kemasukan K. Ravindran tidak banyak mengubah rentak Sarawak, namun Kelantan pula dilihat mula mendapat rentak permainan apabila melakukan serangan bertali arus ke pintu gol Sarawak.  Sungguhpun demikian, ketumpulan penyerang kontroversi Onyekachi Nwoha menyaksikan Kelantan gagal menambahkan sebarang jaringan memaksa Peter Butler mengeluarkan Onyekachi Nwoha.

Kelekaan barisan pertahanan Sarawak sekali lagi menjadi penghukum terulung apabila Norfarhan Mohamad yang tidak dikawal rapi dibiarkan melakukan satu rembatan ke kiri pintu gol Sarawak, yang sekaligus menewaskan Sani Anuar, dan seterusnya melayakkan Kelantan ke Pusingan kedua Piala FA.

Secara keseluruhan, Sarawak bermain baik dengan hantaran kemas dipamerkan.  Namun demikian, Ashri Chuchu dan Guy Bwele dilihat agak tenggelam sungguhpun Muratovic beraksi lebih baik berbanding perlawanan menentang Johor FC.  Dengan kekalahan ini, Sarawak harus hanya menumpukan perhatian kepada saingan Liga Super.

Keputusan Penuh: Kelantan 2-1 Sarawak


Comments

comments

About Cyril Dason

Loves gadgets and staying up-to-date with technology trends and social media. Sometimes reviews gadgets and telco packages because he has nothing else better to do.

2 comments

  1. gomo klate gomo!!!

  2. Kelantan beraksi cemerlang! Sarawak played well. TRW FTW!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top

Facebook

Get the Facebook Likebox Slider Pro for WordPress