Pandelela akan sambut kemerdekaan di Sibu

0
285

Pemenang pingat gangsa acara terjun Olimpik, Pandelela Rinong Pamg akan menjadi tetamu istimewa pada sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Sibu pada 31 Ogos.

Pengerusi penganjur majlis itu Datuk Sri Wong Soon Koh berkata ratu terjun negara itu akan diberikan insentif oleh kerajaan negeri atas kejayaan memenangi pingat gangsa pada majlis itu yang akan diadakan di Dataran Bandar Sibu bermula 7 pagi.

Beliau berkata Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri masing-masing dijadual hadir pada majlis itu.

Beliau berkata sambutan akan bermula dengan Larian Merdeka bermula 5.30 pagi dan kira-kira 3,000 orang dijangka mengambil bahagian.

Larian itu terbahagi kepada enam kategori iaitu kanak-kanak bawah lapan tahun (lelaki dan perempuan), terbuka lelaki dan wanita (umur 19 hingga 44), dan veteran lelaki dan wanita (umur 45 dan ke atas).

Beliau berkata Taib dijadual menyampaikan insentif dan hadiah kepada pemenang Larian Merdeka selepas menyampaikan ucapan pada majlis sambutan itu.

Sumber: Bernama

    neuvoo job search jobs

    NO COMMENTS