KLIA 2 buka tahun hadapan

0
79

Pembukaan terminal baharu penerbangan tambang murah, KLIA2, tahun depan dijangka meningkatkan jumlah lalu lintas udara dengan ketara, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata penyiapan KLIA2, yang lebih awal daripada dijadualkan itu akan memberi peluang kepada pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), untuk meraih manfaat daripada lalu lintas udara serantau yang kukuh.

MIDF Research berkata pertambahan mendadak perjalanan udara Asia ini merupakan petanda baik, yang dijangka mengurangkan kelembapan ekonomi di Eropah.

Bagaimanapun, prestasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketinggalan berbanding lapangan terbang antarabangsa serantau lain dari segi jumlah pergerakan penumpang, dengan pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus, disebabkan oleh pengurangan kapasiti sebanyak 10 peratus oleh Malaysia Airlines (MAS), tetapi ini sebahagiannya diimbangi oleh syarikat penerbangan asing yang menampung kekurangan kapasiti ini, katanya.

KLIA2 baharu itu dijangka meningkatkan bilangan penumpang dan pesawat yang mendarat serta kadar caj perkhidmatan penumpang, katanya.

Sumber: BERNAMA

NO COMMENTS