LATEST UPDATES
CUEPACS mahu pekerja diberi pilihan keluarkan KWSP

CUEPACS mahu pekerja diberi pilihan keluarkan KWSP

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar pekerja diberi pilihan untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur 55 atau 60 tahun.

Cadangan itu susulan maklum balas daripada kumpulan pelaksana yang tidak bersetuju pengeluaran caruman KWSP hanya pada umur 60 tahun.

Isu pengeluaran KWSP pada usia 60 tahun itu timbul susulan pembentangan Rang Undang-undang Persaraan Minimum 2012 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada bulan lalu yang menetapkan umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun, berkuat kuasa Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dilapor berkata kerajaan belum membuat keputusan berhubung had umur pengeluaran caruman KWSP.

Ketika ini, caruman KWSP boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 55 tahun.

Sumber Berita: BERNAMA

Comments

comments

About Cyril Dason

Loves gadgets and staying up-to-date with technology trends and social media. Sometimes reviews gadgets and telco packages because he has nothing else better to do.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top