Ciri-ciri tablet 7-inci Google Nexus dibocorkan di Internet

0
168

Berita berkenaan tablet terbaru keluaran Google telah tersebar dengan laman web teknologi Gizmodo mengeluarkan ciri-ciri terperinci berkenaan tablet 7-inci tersebut.

Menurut laman web tersebut, tablet tersebut dibina oleh ASUS dan ianya dijangka bakal dilancarkan minggu ini dengan ciri-ciri dibawah:

  • Skrin 7-inci dengan paparan 1280×800 IPS
  • Perisian Android Jelly Bean
  • CPU 1.3GHz Quad-Core Tegra 3
  • NVidia GeForce 12-core GPU
  • 1GB RAM
  • 8GB / 16GB kapasiti storan dalaman
  • Kamera hadapan 1.2MP
  • Bateri berketahanan 9 jam
  • Wi-Fi a/b/g/n
  • Android Beam NFC
  • Sokongan terhadap Google Wallet

Pihak Gizmodo menjangkakan tablet yang diberi nama ‘The Nexus Tablet’ ini bakal berharga sekitar US$199 untuk versi berkapasiti 8GB  dan US$249 untuk yang berkapasiti 16GB.

NO COMMENTS