Ceramah DAP dapat sambutan di Kuching

0
131

Ceramah DAP di tempat letak kereta Taman BDC mendapat sambutan hangat daripada penduduk Kuching apabila sekitar 5,000 hadir untuk mendengar ceramah pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Antara yang dilaporkan hadir memberi ceramah di perhimpunan tersebut adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Peter John, Mordi Bimol, Chong Chieng Jen dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar Borneo Post, ceramah tersebut berlangsung selama lebih kurang empat jam.

Kedua-dua pihak Barisan National dan Pakatan Rakyat sedang giat mengadakan ceramah bagi memancing undi bagi pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

NO COMMENTS