LATEST UPDATES
“Bukan akaun Facebook saya” kata Alberts

“Bukan akaun Facebook saya” kata Alberts

Jurulatih Sarawak Robert Alberts telah membuat satu kenyataan semasa temuramah dengan akhbar Borneo Post bahawa akaun yang menggunakan namanya di Facebook bukanlah akaun yang dimilikinya dan merupakan akaun palsu.

Alberts turut menyatakan bahawa beliau tidak bergiat di Facebook, dan tidak mempunyai akaun di laman sosial popular tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa walaupun maklumat peribadinya telah di letakkan di akaun tersebut, dia tidak memiliki akses kepada akaun palsu itu sambil menambah bahawa ianya telah dibuka orang lain.

Alberts berharap pemilik akaun palsu itu akan memadamkan akaun tersebut sambil kerana ianya merbahaya.  Beliau juga menasihati peminat Ngap Sayot supaya tidak mempercayai apa yang ditulis dan dikeluarkan akaun tersebut kerana ianya mungkin tidak benar.

Comments

comments

About Cyril Dason

Loves gadgets and staying up-to-date with technology trends and social media. Sometimes reviews gadgets and telco packages because he has nothing else better to do.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top