Askar dirompak berdekatan Kompleks DUN Sarawak

0
53

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa seorang askar dan kawan perempuannya telah dirompak di perkarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Kejadian dikatan berlaku pada jam 4 pagi di mana askar yang berusia 23-tahun tersebut dikatakan sedang bersedia untuk meniggalkan kawasan Kompleks DUN.

Sungguhpun demikian, mangsa dihampiri dua lelaki bermotosikal yang mana terus mengugut untuk mencederakan kawan perempuan askar tersebut.

Askar tersebut dilaporkan tidak melawan ugutan kedua-dua lelaki tersebut dan telah menyerahkan barangan berharga yang diminta.

Comments

comments

NO COMMENTS