Afgan dan artis lain bakal warnai konsert ERA fm Sarawak

0
998

Stesen ERA fm Sarawak sentiasa memberi hiburan yang terbaik di Kuching dan buat pertama kali ERA fm Sarawak akan menganjurkan konsert terbesar pada hujung tahun ini dengan Konsert ERA Sayang Sarawak.

Konsert ini dibawakan khas buat semua pendengar setia ERA fm Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada mereka diatas sokongan yang telah diberikan kepada stesen ERA fm Sarawak sepanjang tahun ini.

Para pendengar ERA fm Sarawak dan juga seluruh penduduk Sarawak dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dan masuk adalah percuma. Ini juga merupakan masa yang amat sesuai buat penduduk Sarawak bagi memulakan kemeriahan sambutan pembukaan awal tahun 2016 iaitu dengan menghayati persembahan anak kelahiran bumi mereka sendiri.

Konsert ERA Sayang Sarawak akan diadakan pada 12 Disember 2015, jam 7.30 malam.

Tempat Konsert ERA Sayang SARAWAK belum di tentukan dan akan diumumkan kemudian, Antara artis yang bakal menggegarkan malam kemuncak Konsert ERA Sayang Sarawak ialah Afgan, Akim & The Majistret, Black, Stacy, Altimet, Lawa Nie Geng, Deasy Natalina, Mal Imran, iR.Radzi, Nana Sheme, Wanie Kayrie dan Nadhar. Sebelum bermulanya persembahan, Skuad ERA akan bersama pendengar di atas pentas untuk lintasan istimewa dan sekaligus berpeluang memenangi barangan eksklusif ERA fm.

Pendengar ERA fm Sarawak juga berpeluang untuk memenangi pas masuk ke Rockzone dan pass sesi beramah mesra Konsert ERA Sayang Sarawak. Dengarkan frekuensi ERA 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan layari laman web, www.era.fm, fbsarawak.era.fm atau ikuti Instagram erafmsarawak untuk maklumat lanjut bagi memenangi pas ekslusif ini.

    neuvoo job search jobs

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here